Saturday 28 June 2014

Resepi Nasi Tumis Kuning

 

RESEPI NASI TUMIS KUNING


 

            Pernahkah anda mendengar atau memakan nasi tumis kuning? Kemunculan resepi nasi tumis kuning ini masih belum dapat dikenal pasti. Mungkin ianya berpunca apabila seorang tukang masak itu mulai bosan dengan nasi tumis yang biasa. Oleh itu, muncullah resepi nasi tumis kuning ini. Mudah sahaja mahu membuat nasi tumis kuning ini. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi.

 

Bahan-bahan untuk Resepi Nasi Tumis Kuning


·         3 pot beras (mengikut citarasa anda)

·         1 ulas bawang besar (dikisar)

·         6 ulas bawang putih (dikisar)

·         Halia secukupnya (dikisar)

·         ½ biji santan kelapa

·         2 helai daun pandan (diikat)

·         Dua batang serai (diketuk)

·         Buah pelaga

·         Kuli kayu manis

·         Bunga lawang

·         Serbuk kunyit

 

Cara-cara Memasak Nasi Tumis Kuning


1.      Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan menggunakan sedikit minyak masak di dalam periuk nasi elektrik anda.

2.      Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan daun pandan supaya menaikkan lagi haruman tumisan anda.

3.      Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Gaul rata.

4.      Selepas bahan tumisan anda sudah mula kekuningan, anda boleh masukkan santan.

5.      Kemudian, masukkan juga garam dan serbuk kunyi secukupnya.

6.      Sukat air beras anda mengikut sukatan yang biasa anda gunakan.

7.      Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yang telah ditapis airnya ke dalam periuk.

8.      Jangan sampai santan yang anda didihkan tadi pecah.

9.      Biarkan nasi masak seperti biasa.

10.  Hidangkan nasi bersama lauk pauk yang lain seperti ayam goreng, sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

             

Bahan-bahan untuk Sambal Tumis Ikan Bilis


·         5 biji bawang merah

·         1 biji bawang besar

·         ½ inci belacan (dibakar)

·         1 biji bawang besar (dihiris)

·         1 cawan ikan bilis (dibasuh tanpa goreng)

·         270 gm cili kering (dikisar)

·         Air asam jawa

·         Garam dan gula secukupnya

·         Sedikit minyak

 

Cara-cara Memasak Sambal Tumis Ikan Bilis


1.      Kisar bawang merah, bawang besar dan belacan.

2.      Panaskan minyak di dalam kuali.

3.      Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

4.      Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

5.      Gunakan api yang sederhana perlahan.

6.      Selepas pecah minyak, masukkan ikan bilis dan kacau lagi.

7.      Masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.

8.      Masukkan garam dan gula secukupnya.

9.      Apabila bawang sudah layu, padamkan apinya.